Monday, April 21, 2008

Air Mata Yang Bernilai



Air Mata Yang Bernilai
-orang sehebat manapun akan menanggis sekali sekala hanya kerana Allah-
segala pujian tertentu bagi Allah
yang berikan hidayah taufik kepada hamba yang dikehendakiNya
wajah orang beriman membasahi pipi dengan air mata
setitis titis jatuh di bumi Allah Maha Pencipta
hadapi dengan dugaan dan cabaran
wali kekasih Allah dengan tabah dan sabar
kerana muslim yang beriman hanya ingin kekal
di jalan lurus Allah yang Maha Melindungi hambaNya
kekasih Allah tiadalah penat untuk imannya
kerana mendekatkan dirinya untuk Allah adalah sebahagian kewajipan
orang beriman yang ingin kejayaan didunia dan diakhirat
dan semoga Allah jauhilah mereka dari azab neraka
mereka yang soleh apabila dalam disekellingi dosa
akan sedaya upaya untuk bertaubat hanya kepada satu Tuhan yang Maha Benar
hanyalah Allah yang akan membantu kekasihNya kekal di
jalan islam menuju syurga firdaus
tambahkanlah kecintaan dan kasih sayang kepada Allah
itulah tujuan utama orang beriman
mereka hanya ingin mendengar ayat kalimat selamat di syurga Allah
yang kekal abadi hanyalah di akhirat yang penuh nikmat dan derita
semua hanyalah Allah Taala saja yang maha mengetahui
betapa susah mukmin yang soleh sekali pun
ia akan tetap mengucap syukur pada Allah
hasbi Rabbi adalah bantuan bagi segala umat manusia
air mata yang kering tidaklah dilap
ia tanda kepada orang beriman yang akan terus memperjuangkan menentang syaitan
dan berjuang di jalan Allah dan bersungguh sungguh beriman pada Allah SWT
untuk memastikan air mata orang beriman tiadalah rugi kerana
semuanya adalah untuk Allah
dan ia air mata yang amatlah bernilai bagi orang orang beriman..

No comments: