Sunday, October 2, 2011

"Seindah Angsa..!" :)

“Cerita dari si hati..’

Selawat terus diringi penuh kebaikan. Sekellingi kita dihiasi RahmatNya. Hati riang , tenang dan tenteram.. Berpuitislah diri seketika menulis kemekaran akhlak si perindu illahi..
“Aku berkasih sayang kerana aku ada hati.. ”

Walau semanapun petir menyapa. Awan- Awan Allah tetap diatas ‘duduk’ diam dan kadang-kadang berlegar-legar dilangit Allah. Tidak akan bergerak melainkan dengan izin Pencinta.. Begitu jua dengan seorang yang ber’akhlak mekar umpama awan-awan yang tinggi tapi tunduk ‘rendah’ hatinya. Wahai diri dan hati-hati sekalian! Ayuh munajat kepada yang Mendengar!

“Ya Allah you’re all my Life in the means of love..”

Dibawah naungan teduhan bulan si peneman malam , Daku membayangkan betapa manisnya jika aku dapat memegang tangannya yang mengalahkan selembutnya sutera! Allah aku terseksa kerana dosa. Adakah kerana semakin tipis dan terus menipis ingatan rindu dan pujianku terhadap Nabi yang kupuja..

“Say.. Salamun ya Rasululluah..! Satu-satu manusia yang ‘berbunga’ akhlaknya..bukan hanya untuk yang dicipta tapi juga khas untuk Pencinta.”

Aduh ! Bunga-bunga ditaman hatiku semakin layu.. dimana mentari ‘sesinar ilmu ! siraman ‘sekasih iman’ dan benih-benih ‘amalan cinta’ pada Tuhan! Celakalah aku andai taman hatiku ‘kering kontang!’

Bukan mudah mempamerkan akhlak yang baik apatah lagi yang memikat hati. Baik dan ‘memikat’ amat berbeza. Ada dua jenis golongan manusia yang membawa erti ‘manfaat’.

Yang Pertama , insan begini ‘baik’ sekali sifatnya.Menjaga segala perintahNya tapi sayang ketika dilamun keasyikan zikrullah.. Ia leka dan lupa bahawa ada insan lain yang ingin sekali merasai cinta Tuhan sepertinya jua. Manusia begini ia ‘soleh’ hanya terhadap dirinya sendiri dan terlupa bahawa ‘sweet of iman must be shared’..

“ When people always said you’re like an ugly duck.. Don’t be sad.. Stand up and Say!
“I’m not an ugly duck. But I am an beautiful Swan’s..”

Bila banyak ‘mulut’ mencela kamu sehingga mengatakan kamu seperti itik hodoh! Jangan bersedih hati.. Kuatkan hati dan katakanlah!

“Aku bukan itik yang hodoh. Tapi aku adalah seindah Angsa!”

Orang yang kedua adalah seperi seindah ‘angsa’. Dia kuat tapi berhati lembut, dan tidak gentar. Jiwanya menarik jiwa lain. Aura kebaikannya seakan-akan merasuk hati yang lain untuk melakukan kebaikan. Orang begini bukan hanya baik tapi juga ‘memikat’ hati orang lain untuk berubah kearah cinta Pencinta...

“Muttaqin(orang bertaqwa) is like an rahmah to everyone..”

Disudahi dengan lafaz selawat diringi tinta Firman Allah Kekasih Setia..~

“ Sungguh ! Orang-Orang yang beriman dan mengerjakan Kebajikan. Mereka itu adalah Sebaik-baik Makhluk..”
(Al Bayyinah : 7)

Bahagia selalu =))

Friday, September 23, 2011

Cintai bukan 'taksub..' :)

Sesinar-sinar wajah adalah yg terus memberi belaian sayang.

Sesuci-suci hati adalah yg sering kembali yang Menanti.

Seikhlas-ikhlas amalan adalah yg kita sendiri 'terlupa' tentangnya..

dan Sifat yang 'sempurna' adalah yg sentiasa baiki dirinya.. :)

Lagu didendang penuh kemerduan, sejuk dan senang 'hati' melayannya..

Begitu juga dengan erti agama. Ia perlu dihayati dan dicintai..

bukan 'taksub'.. Amat beza 'taksub' dan cinta..

Taksub itu buatkan 'hati' sedih , kerana ia melebih-lebihkan suatu perkara..

sedangkan cinta adalah bermaksud untuk 'menjaga dan dijagai..'

"Falling in love are more easy than be Love.."

Bila seseorg 'cinta' agama. Ia akan singgah ditempat 'teduhan dunia'nya iaitu 'agama' dengan sifat 'sederhana.' Jadi bila ia melakukan dosa , insafnya tiada terhitung.

Dan bila ia melakukan 'amal' pula terasa boleh dihitung..

Jadi bila bersama insan yang menyintai agama.

Hati dan akal kita sekaligus 'bercahaya..' kerana 'impak' orang soleh dgn izin Pencinta.

Dekatilah agama dengan 'feeling' bukan hanya 'tahu' agama.. :)

Friday, September 16, 2011

"Quran'' Sayang awak! :P

‘Quran.. sayang awak”

“Buat saja apa-apa janji kita ‘epy’ dan Allah sayang..”

Assalamualaikum saya ucapkan. Mudahan iman kita sehat selalu.., kalao iman itu ‘demam’kan , kita kena jumpa Doktor iman kita iaitu Allah s.w.t tuhan yang penyayang dari semua yang penyayang..

“Iman itu bukan datang dekat orang agama saja tau, tapi juga yang ‘nak’ bersama agama..”
Dalam Quran surah asy shams ayat 9 menyebut.. “ Qad afla man zakka’haa..” banyak untunglah orang yang sucikan hati mereka. Disini jika hati kita nak bersih. Lebih bersih dari pencuci‘Breeeze..~’

Salah satunya adalah dengan Quran. Kerana Allah kita kan’ ada kerabatNya dan itu adalah yang hatinya yang berjiwa ‘Quran..’
Daripada Anas bin Malik r.a, Nabi s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya Allah mempunyai ‘ahli’ daripada kalangan manusia. Para sahabat bertanya :
“Prophet of Allah! Wahai Rasulullah! Siapakah mereka itu?” Baginda bersabda..
“Merekalah ahli al Quran iaiti ‘ahli Allah dan golongan pilihan-Nya.” Riwayat Ibn Majah.

Bak pepatah sarjana barat islamik.
“Quran is like telescope ( teropong ) , You don’t just look ‘At’ it , but You Look ‘Through’ it..” Ada juga dalam riwayat kekasih Tuhan sebut ‘ bahawa ada orang kita ini baca Quran , tapi disamping itu Quran juga ‘melaknat’ dia..” Ya Allah..
Kenapa ya agak-agaknya.. kerana ketika dia mengaji Quran..

Bila baca dibahagian yang menyebut ‘jangan hina , jangan bohong , jangan buat aniya dekat orang..’.. Dia baca tapi tetap buat jugak ‘dosa’ itu. Sebab itu ,Faham-faham baik tau !

Nak tahu tak sebelum malaikat Jibril sampaikan wahyu ‘Iqra’ , Malaikat peluk Nabi s.a.w dua kali sampai Nabi pun sesak nafasnya , Bukti sayangnya Malaikat pada Nabi s.a.w kita..

Diantara manusia yang ‘Terbaek..!’ adalah yang belajar dan mengajar Quran. Cuba kalao kita ada buah hati lar kan. Selalu kita sebut.. ‘Awak- awak.. saya sayang awak..”Hee~gediknye.. Berkali-kali , selalu pulak itu. Tak ke ‘cair’ orang itu..

Begitu juga bila kita baca Quran , seakan kita berucap sayang-sayang pada Allah. Lama-lama Allah pun rasa ‘malu’ jika tidak memberikan yang ‘terbaek’ untuk kita.

Quran ini kena jaga baik-baik dan sayang Quran macam kita sayang ‘baby’ yang comel-comel. Hehe..

“Kita sayang Quran erti kita sayang Allah..”

Wednesday, September 14, 2011

Bila Hujan ber'tamu =)

Bila Hujan ber’tamu..

“There is no guardian after Allah except mum and daddy..”

Ketika hujan menemani..
“Hujan ingatkan aku.. tentang satu rindu.
Ketika aku berlari-lari disaat engkau ‘hujan’ singgah..
aku sejuk dan dingin..
Disitu,kamu hadir..
menghangatkan mimpi-mimpiku ditengah hujan seakan ‘menanggis..’
Alhamdullilah..kau Ibu..”

Sesejuk embun.. sehangat mentari. Disitu terbayang satu wajah. Bila dipandang, ia ‘tersenyum..’. Bila kita menoleh darinya. ia ‘menanya’..

“Wahai anakku, adakah kau inginkan sesuatu..?”

Hidup seorang ibu adalah untuk ‘memberi’. sedangkan kita pula asyik ‘menerima’. Pernahkah kita juga membalas ‘pemberiannya’? Adakah patut baik ‘budi’ dibalas habuk-habuk harta dunia..? Bukankah baik dibalas baik, jasa dibalas jasa, kasih juga dibalas kasih..?

“Ibu adalah insan yg sentiasa meng’izinkan ‘kasih sayang’nya tanpa dipinta..”

Ketika hujan bertamu..
“Hujan ingatkan aku.. tentang satu ‘sentuhan..’
Ketika hujan.. aku membuka jendela, dan membiarkan air hujan..
mengalir ditapak tanganku.. aku senyum.
Sekilas petir lalu, lantas mengigil takut..
Belum sempat menutup jendela..
pelukan.. ya pelukan itu terisi ‘kerisauan’
lalu dia berkata..

“Jangan takut.. ayah bersamamu”

"Ibu 'memberi' manakala Ayah 'bersama' kita.." :)

Dalam lantera kehidupan, Allah memberikan setiap sesuatu ada keperluannya masing-masing. Dan kelengkapan sebuah kasih sayang ada disisi ‘sumber redhaNya’ yakni ibubapa yang tersayang.. Mereka adalah ‘aset’ yang bernilai. Dalam diari mereka, ada terisi mutiara untuk kita kutip.. Bukan hanya mutiara ‘kasih sayang’ tetapi..

“Mutiara sebuah Penghargaan..”

Hargailah mereka sebelum Disaat kamu ingin dibelai,disaat kamu ingin bermanja.. Disaat kamu meraung kesakitan..
memanggil..

“Ibu..”
“Ayah…’’

Mereka tetap dengar tetapi hanya dalam mimpimu..

Seperti yang selalu disebutkan ‘jika ingin baiki manusia, repairlah hatinya..’ Begitu jua dalam erti menampilkan ‘cinta’ pada ibu dan ayah. Hati yang baik tidak hanya ‘belajar’ menyayang.. tetapi ia juga belajar untuk..

‘Mengenal kasih sayang..’ amat berbeza belajar dan ‘kenal’..

Belajar di akal kamu mengetahui.. tetapi ‘mengenal’ dilubuk hati.. kamu akan dapat ‘merasai..’

Begitulah jua dengan ‘wali keramat’ kita ini..
‘Berkenalanlah dengan mereka seakan-akan kali pertama kamu bertemu.”

Jangan ingatkan yang ‘pahit’ tapi renungkanlah selalu yang ‘manis’. Lupakan duka , ingatkan ‘suka’.. Insya’Allah, hubungan dengan ibubapa iaitu ‘duta redha Allah’ akan mengalir ketenangan..

Pepatah mutiara bijaksana..

“Jangan sampai mengejar cinta Allah dengan mengabaikan cinta terhadap ibubapa. Yang setepatnya ialah..
Cintailah ibubapa kerana mencari cinta Allah..’ =)

Tuesday, September 13, 2011

Berbahagialah selalu =)

“Bahagia'lah Selalu... :)”

“kebahagiaan itu hadiah.. it is a gift. Bukan sekadar dipinta,tetapi ia mesti diwarnai dengan usaha’’

Kegembiraan adalah bak ‘hadiah’ yang Allah beri pada setiap hambaNya..
kenapa? Kerana Islam itu agama yang ‘memberi’ bukan hanya ‘menerima..’

“Think how to give,than how to get..” sebab itu semakin banyak kita ‘menghulur’ , semakin banyak kita ‘dijemput’ oleh butir-butir kuntum ‘pakej’ kebahagiaan dari yang Maha Ber’Bahagia..

“Hati yang berbahagia adalah yang sering meletakkan ‘hati’nya dihati orang yang lain..”

Hmm, sweet’kan. Kalao kita tenang selalu. Ia tidak boleh dimiliki melainkan kita sudah mengenal apakah itu kesukaran. Hmm, biasalah ‘ubat itu pahit’.. Terpaksa telan demi kesihatan. Begitu jua kebahagiaan.. tiada yang bisa meraihnya melainkan yang..

“Memberi dengan apa yang ada,dan menerima dengan apa yang ada..”
Alunan merdunya Quran, indahnya ‘suara kasih’ dari Pencinta..

Dalam kehidupan, kita merayakan ‘kesenangan’ begitu meriahnya.. Tapi kasihan ‘ujian’ Tuhan kita menyambutnya dengan muka masam. Malah hati kita pun masam bila diuji.

Tetapi bila kita sedar dari pandangan mata hati..

“Dari tarbiah Tuhan , hadirnya Cinta didalam hati. Cinta apa? bukan hanya sesama manusia. Tetapi cinta kepada mutiara kesabaran dan keikhlasan..”
Cuba hayati kata penuh keindahan ini..

“Kadang-kadang kita perlu mengelap pipi kerana tangisan yang asyik mengalir supaya kita boleh melihat kebahagiaan dengan lebih jelas..”

“Sesungguhnya Tuhan tidak pernah membencikan dan meninggalkanmu..”
Jadi ber’bahagialah.. =)

Wednesday, September 7, 2011

Dulu masa aku ‘kecik’ lagi..
Disaat hujan menjelma ,..
“Yeah ! Hujan.. Ujan !! Kawan-Kawan serbu !”
Hati mula meloncat-loncat nak mandi hujan. Bermandi Hujan lebih ‘enak’ dari bermandi Ujian bukan? Ketika itu kita sanggup menahan sejuk dan berani tanggung ‘selsema’ dan ‘demam’ semata-mata ingin merasai nikmatnya hujan Allah. Sama juga dengan ujian Tuhan , ada ‘keenakannya’ iaitu disaat munajat pada Tuhan.

“We are more ‘believing’ when we were still kid..”

Semasa kita kecil dahulu , Semuanya seperti ‘possible’ , atau senang kata tiada ayat ‘mustahil’ dalam diari comel setiap yang menjawat pangkat ‘title’ budak ‘kecik’..
Cuba ‘refresh’ balik, masa-masa kita kecil dulu..

“Kucing aku dalam susah ini ! Berubah jadi superman!” dengan raut muka yang yakin.. senyuman tersimpul-simpul, lalu dia yang kecil itu pun ambil selimut.. lantas ikat dibelakang badan kita. Lalu jadilah ala-ala macam ‘superman..’ selamatkan kucing yang tersekat diatas pokok.
Sebelum sambung kisah kucing itu, nak ‘iklan tazkirah’ kejap.Pelik betul budak-budak kecil ini. Nak tahu kenapa?

“Allah anugerahi pada hati-hati budak kecil dengan sifat tinggi ‘Ingin Tahu’ dan ‘Kuat Bermimpi’ Jadi jangan terkejut jika.. ada budak-budak kecil, yang lebih ‘maju’ dari kita. Itu anugerah illahi..

Tetapi yang kita ini , kenapa cepat sekali putus asa.. malah asakan kita untuk mendapatkan yang diingini semakin menipis ,Bukankah semakin matang kita , Iman juga semakin ‘matang’.kenapa tidak semakin ‘tebal’ iman dan keyakinan kita pada Allah? Ini persoalan yang perlu dimuhasabahkan kembali..

“Aku mesti panjat juga! Sabar ya si kucing.!” Lalu budak kecil ini pun panjat , panjat punya panjat sehingga dia sendiri tak sedar sudah sampai penghujungnya. Ya Allah.. tanpa menoleh bawah , maju ke atas.. dan memeluk kucing itu. Tersenyum ia terduduk sebentar melihat matahari terbit. Bayangkan duduk diatas pokok yang tinggi bersama kucing.. tersenyum lalu berkata..
“Tuhan.. ‘Kau’ mesti ‘Cantik’

ya Allah.. adakah kita seberani jiwa-jiwa kecil ini?

“Kalao kita nak lihat indahnya pelangi , jangan takut andai ‘petir’ singgah sebentar..”
Bagi budak perempuan yang kecil , untuknya semua mesti ‘beauty’. Pantang ! Kelihatan ‘messy’ atau bersepah. Ada sekali ini , budak kecil ini terlintas idea dalam poket hatinya.. Lalu dia ambil topi , ambil tongkat kecil.. dan ia tunggang penyapu ibunya.. dan tersenyum berkata..
“Hehe.. sayalah ahli magik yang cute..!’

Ini sekadar renungan bahawa.. Keyakinan itu adalah umpama ‘matahari’ yang memberikan cahaya ketika gelap dan kelamnya. Manakala agama hadir seakan seperti sesejuk embun.. menenangkan kita bahawa Allah bersama dengan kita selagi diri dan hati kita ‘bersatu’ dengan taQwa demi mengingatiNya..

“We just need Belief ( Agama/ Iman) and Believe ( Keyakinan)..”

Tetapi bila kita semakin membesar , kita seakan tidak percaya diri.. bila ada peluang untuk membuka kerjaya. Kita rasa ‘takut’ ambil risiko.. Bila sudah ada jodoh didepan mata, modal kahwin pun sudah memadai.. Kita bilang ‘ Darling, it’s still not the right time..”
Bila kita ada ‘impian’ terpacak didalam lubuk hati.. boleh memberikan sejuta manfaat.. Tapi kita ragu dan berkata..

“Bolehkah aku?” Hmm.. cuba bayangkan kalao setiap ‘ilham’ kita terlintas disaat kita masih kecil.

“Agaknya..?? Bagaimana..?”

Ingat ya sebuah pepatah kata manis ini..
“Jangan rindukan si Bunga , kerana daunnya dan dirinya akan layu. Tetapi rinduilah Musim berbunga.. Disitu akan terus berbunga indah..” Allah ‘sweet’kan..?

Seorang budak kecil , tembam menanya pada ayahnya ketika melihat keindahan alam di kelamnya Malam..

“Abah.. Iman nak tanya sikit ini..?”

“Ya , apa wahai anak abah.. sikit saja ya.”

“Iss.. Hmm , Allah ada dimana..?”

Lalu abah menyuruh saya melihat bulan.. tiba-tiba abah menyentuh dada ‘hati’ saya.. Lalu berkata..

“Allah disini sayang..”

Ingat wahai kekasih hati, sesungguhnya Allah tidak pernah ‘tinggal’kan kamu.
Tapi sayang kamu yang tinggalkan Allah.. Hmm.. ‘sayang-sayang..’..

Friday, September 2, 2011

I'tiraf Terindah..

Ketika Lagu i'tiraf dialun merdu.. teringat sebuah kata mutiara,

" Setiap dari kita mempunyai Diari , yakni..Diari Hidup.. nanti akan di'baca' oleh Allah kelak.. Walau semanapun insan dpt menggengam dunia. Nescaya ada satu saat kelak , Ia akan rindu jalan pulang.. dengan mencari Tuhan..'

Apa yg kita cari sebenarnya dalam Hidup? Kita kena tanya baik-baik dalam 'poket' hati kecil ini.

"Allah.. siapakah aku , dan apakah tujuanku?"

Percaya atau tidak.. tanyalah diri sendiri, bukan 'Aiman' dan tak ada 'talian hayat'.
Check 'hati' adakah.. aku ini hidup dgn 'syarat' utk mengejar pepatah impian manusia yakni..

''Aku bahagia.."

tiada 'sakinah' atau ketenangan melainkan.. sedar bahawa diri kita adalah 'Hamba' bukan Tuan.. Kaji punya kajilah ya..

"Kita ini diantara hamba Allah paling 'manja'..'' kerana sebab Allah 'cyang' , balasan ditangguhkanNya..

"Jangan sesekali mencari Nama , tapi berkali-kalilah mencari ke Mana Tujuan kita sebenarnya.."

Sepohon kayu mudah rapuh , tapi sepohon iman terus berbunga..

Ya Allah Ya Nurul Qalbi, Peganglah kuat-kuat Hati kami supaya tetap dinaungan CintaMu. Amin :)