Friday, September 16, 2011

"Quran'' Sayang awak! :P

‘Quran.. sayang awak”

“Buat saja apa-apa janji kita ‘epy’ dan Allah sayang..”

Assalamualaikum saya ucapkan. Mudahan iman kita sehat selalu.., kalao iman itu ‘demam’kan , kita kena jumpa Doktor iman kita iaitu Allah s.w.t tuhan yang penyayang dari semua yang penyayang..

“Iman itu bukan datang dekat orang agama saja tau, tapi juga yang ‘nak’ bersama agama..”
Dalam Quran surah asy shams ayat 9 menyebut.. “ Qad afla man zakka’haa..” banyak untunglah orang yang sucikan hati mereka. Disini jika hati kita nak bersih. Lebih bersih dari pencuci‘Breeeze..~’

Salah satunya adalah dengan Quran. Kerana Allah kita kan’ ada kerabatNya dan itu adalah yang hatinya yang berjiwa ‘Quran..’
Daripada Anas bin Malik r.a, Nabi s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya Allah mempunyai ‘ahli’ daripada kalangan manusia. Para sahabat bertanya :
“Prophet of Allah! Wahai Rasulullah! Siapakah mereka itu?” Baginda bersabda..
“Merekalah ahli al Quran iaiti ‘ahli Allah dan golongan pilihan-Nya.” Riwayat Ibn Majah.

Bak pepatah sarjana barat islamik.
“Quran is like telescope ( teropong ) , You don’t just look ‘At’ it , but You Look ‘Through’ it..” Ada juga dalam riwayat kekasih Tuhan sebut ‘ bahawa ada orang kita ini baca Quran , tapi disamping itu Quran juga ‘melaknat’ dia..” Ya Allah..
Kenapa ya agak-agaknya.. kerana ketika dia mengaji Quran..

Bila baca dibahagian yang menyebut ‘jangan hina , jangan bohong , jangan buat aniya dekat orang..’.. Dia baca tapi tetap buat jugak ‘dosa’ itu. Sebab itu ,Faham-faham baik tau !

Nak tahu tak sebelum malaikat Jibril sampaikan wahyu ‘Iqra’ , Malaikat peluk Nabi s.a.w dua kali sampai Nabi pun sesak nafasnya , Bukti sayangnya Malaikat pada Nabi s.a.w kita..

Diantara manusia yang ‘Terbaek..!’ adalah yang belajar dan mengajar Quran. Cuba kalao kita ada buah hati lar kan. Selalu kita sebut.. ‘Awak- awak.. saya sayang awak..”Hee~gediknye.. Berkali-kali , selalu pulak itu. Tak ke ‘cair’ orang itu..

Begitu juga bila kita baca Quran , seakan kita berucap sayang-sayang pada Allah. Lama-lama Allah pun rasa ‘malu’ jika tidak memberikan yang ‘terbaek’ untuk kita.

Quran ini kena jaga baik-baik dan sayang Quran macam kita sayang ‘baby’ yang comel-comel. Hehe..

“Kita sayang Quran erti kita sayang Allah..”

No comments: