Wednesday, September 14, 2011

Bila Hujan ber'tamu =)

Bila Hujan ber’tamu..

“There is no guardian after Allah except mum and daddy..”

Ketika hujan menemani..
“Hujan ingatkan aku.. tentang satu rindu.
Ketika aku berlari-lari disaat engkau ‘hujan’ singgah..
aku sejuk dan dingin..
Disitu,kamu hadir..
menghangatkan mimpi-mimpiku ditengah hujan seakan ‘menanggis..’
Alhamdullilah..kau Ibu..”

Sesejuk embun.. sehangat mentari. Disitu terbayang satu wajah. Bila dipandang, ia ‘tersenyum..’. Bila kita menoleh darinya. ia ‘menanya’..

“Wahai anakku, adakah kau inginkan sesuatu..?”

Hidup seorang ibu adalah untuk ‘memberi’. sedangkan kita pula asyik ‘menerima’. Pernahkah kita juga membalas ‘pemberiannya’? Adakah patut baik ‘budi’ dibalas habuk-habuk harta dunia..? Bukankah baik dibalas baik, jasa dibalas jasa, kasih juga dibalas kasih..?

“Ibu adalah insan yg sentiasa meng’izinkan ‘kasih sayang’nya tanpa dipinta..”

Ketika hujan bertamu..
“Hujan ingatkan aku.. tentang satu ‘sentuhan..’
Ketika hujan.. aku membuka jendela, dan membiarkan air hujan..
mengalir ditapak tanganku.. aku senyum.
Sekilas petir lalu, lantas mengigil takut..
Belum sempat menutup jendela..
pelukan.. ya pelukan itu terisi ‘kerisauan’
lalu dia berkata..

“Jangan takut.. ayah bersamamu”

"Ibu 'memberi' manakala Ayah 'bersama' kita.." :)

Dalam lantera kehidupan, Allah memberikan setiap sesuatu ada keperluannya masing-masing. Dan kelengkapan sebuah kasih sayang ada disisi ‘sumber redhaNya’ yakni ibubapa yang tersayang.. Mereka adalah ‘aset’ yang bernilai. Dalam diari mereka, ada terisi mutiara untuk kita kutip.. Bukan hanya mutiara ‘kasih sayang’ tetapi..

“Mutiara sebuah Penghargaan..”

Hargailah mereka sebelum Disaat kamu ingin dibelai,disaat kamu ingin bermanja.. Disaat kamu meraung kesakitan..
memanggil..

“Ibu..”
“Ayah…’’

Mereka tetap dengar tetapi hanya dalam mimpimu..

Seperti yang selalu disebutkan ‘jika ingin baiki manusia, repairlah hatinya..’ Begitu jua dalam erti menampilkan ‘cinta’ pada ibu dan ayah. Hati yang baik tidak hanya ‘belajar’ menyayang.. tetapi ia juga belajar untuk..

‘Mengenal kasih sayang..’ amat berbeza belajar dan ‘kenal’..

Belajar di akal kamu mengetahui.. tetapi ‘mengenal’ dilubuk hati.. kamu akan dapat ‘merasai..’

Begitulah jua dengan ‘wali keramat’ kita ini..
‘Berkenalanlah dengan mereka seakan-akan kali pertama kamu bertemu.”

Jangan ingatkan yang ‘pahit’ tapi renungkanlah selalu yang ‘manis’. Lupakan duka , ingatkan ‘suka’.. Insya’Allah, hubungan dengan ibubapa iaitu ‘duta redha Allah’ akan mengalir ketenangan..

Pepatah mutiara bijaksana..

“Jangan sampai mengejar cinta Allah dengan mengabaikan cinta terhadap ibubapa. Yang setepatnya ialah..
Cintailah ibubapa kerana mencari cinta Allah..’ =)