Wednesday, September 7, 2011

Dulu masa aku ‘kecik’ lagi..
Disaat hujan menjelma ,..
“Yeah ! Hujan.. Ujan !! Kawan-Kawan serbu !”
Hati mula meloncat-loncat nak mandi hujan. Bermandi Hujan lebih ‘enak’ dari bermandi Ujian bukan? Ketika itu kita sanggup menahan sejuk dan berani tanggung ‘selsema’ dan ‘demam’ semata-mata ingin merasai nikmatnya hujan Allah. Sama juga dengan ujian Tuhan , ada ‘keenakannya’ iaitu disaat munajat pada Tuhan.

“We are more ‘believing’ when we were still kid..”

Semasa kita kecil dahulu , Semuanya seperti ‘possible’ , atau senang kata tiada ayat ‘mustahil’ dalam diari comel setiap yang menjawat pangkat ‘title’ budak ‘kecik’..
Cuba ‘refresh’ balik, masa-masa kita kecil dulu..

“Kucing aku dalam susah ini ! Berubah jadi superman!” dengan raut muka yang yakin.. senyuman tersimpul-simpul, lalu dia yang kecil itu pun ambil selimut.. lantas ikat dibelakang badan kita. Lalu jadilah ala-ala macam ‘superman..’ selamatkan kucing yang tersekat diatas pokok.
Sebelum sambung kisah kucing itu, nak ‘iklan tazkirah’ kejap.Pelik betul budak-budak kecil ini. Nak tahu kenapa?

“Allah anugerahi pada hati-hati budak kecil dengan sifat tinggi ‘Ingin Tahu’ dan ‘Kuat Bermimpi’ Jadi jangan terkejut jika.. ada budak-budak kecil, yang lebih ‘maju’ dari kita. Itu anugerah illahi..

Tetapi yang kita ini , kenapa cepat sekali putus asa.. malah asakan kita untuk mendapatkan yang diingini semakin menipis ,Bukankah semakin matang kita , Iman juga semakin ‘matang’.kenapa tidak semakin ‘tebal’ iman dan keyakinan kita pada Allah? Ini persoalan yang perlu dimuhasabahkan kembali..

“Aku mesti panjat juga! Sabar ya si kucing.!” Lalu budak kecil ini pun panjat , panjat punya panjat sehingga dia sendiri tak sedar sudah sampai penghujungnya. Ya Allah.. tanpa menoleh bawah , maju ke atas.. dan memeluk kucing itu. Tersenyum ia terduduk sebentar melihat matahari terbit. Bayangkan duduk diatas pokok yang tinggi bersama kucing.. tersenyum lalu berkata..
“Tuhan.. ‘Kau’ mesti ‘Cantik’

ya Allah.. adakah kita seberani jiwa-jiwa kecil ini?

“Kalao kita nak lihat indahnya pelangi , jangan takut andai ‘petir’ singgah sebentar..”
Bagi budak perempuan yang kecil , untuknya semua mesti ‘beauty’. Pantang ! Kelihatan ‘messy’ atau bersepah. Ada sekali ini , budak kecil ini terlintas idea dalam poket hatinya.. Lalu dia ambil topi , ambil tongkat kecil.. dan ia tunggang penyapu ibunya.. dan tersenyum berkata..
“Hehe.. sayalah ahli magik yang cute..!’

Ini sekadar renungan bahawa.. Keyakinan itu adalah umpama ‘matahari’ yang memberikan cahaya ketika gelap dan kelamnya. Manakala agama hadir seakan seperti sesejuk embun.. menenangkan kita bahawa Allah bersama dengan kita selagi diri dan hati kita ‘bersatu’ dengan taQwa demi mengingatiNya..

“We just need Belief ( Agama/ Iman) and Believe ( Keyakinan)..”

Tetapi bila kita semakin membesar , kita seakan tidak percaya diri.. bila ada peluang untuk membuka kerjaya. Kita rasa ‘takut’ ambil risiko.. Bila sudah ada jodoh didepan mata, modal kahwin pun sudah memadai.. Kita bilang ‘ Darling, it’s still not the right time..”
Bila kita ada ‘impian’ terpacak didalam lubuk hati.. boleh memberikan sejuta manfaat.. Tapi kita ragu dan berkata..

“Bolehkah aku?” Hmm.. cuba bayangkan kalao setiap ‘ilham’ kita terlintas disaat kita masih kecil.

“Agaknya..?? Bagaimana..?”

Ingat ya sebuah pepatah kata manis ini..
“Jangan rindukan si Bunga , kerana daunnya dan dirinya akan layu. Tetapi rinduilah Musim berbunga.. Disitu akan terus berbunga indah..” Allah ‘sweet’kan..?

Seorang budak kecil , tembam menanya pada ayahnya ketika melihat keindahan alam di kelamnya Malam..

“Abah.. Iman nak tanya sikit ini..?”

“Ya , apa wahai anak abah.. sikit saja ya.”

“Iss.. Hmm , Allah ada dimana..?”

Lalu abah menyuruh saya melihat bulan.. tiba-tiba abah menyentuh dada ‘hati’ saya.. Lalu berkata..

“Allah disini sayang..”

Ingat wahai kekasih hati, sesungguhnya Allah tidak pernah ‘tinggal’kan kamu.
Tapi sayang kamu yang tinggalkan Allah.. Hmm.. ‘sayang-sayang..’..

No comments: