Friday, April 18, 2008

ibadat untuk akhirat

menghayatilah ibadat untuk akhirat
ingatlah sebelum ajal menghampirimu
hidup sebegini harus diluahkan dengan perasaan berhati hati
sesungguhnya syaitan penipu ulung menggoda manusia dengan apa cara jua
supaya jatuh kepada perangkapnya
sesungguhnya akhirat boleh menjadi tempat yang indah manakala juga boleh menjadi ngeri
beribadat anda sebelum diibadatkan
akhirat menanti sungguh gembira catatan orang orang yang beriman إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
manakala sempitlah kehidupan orang orang yang merindui dunia
sesungguhnya bekalan ibadatlah untuk Allah Yang Maha Adil
menghayatilah ibadat untuk akhirat
usia jangan disia siakan takut hilang kesempatan untuk beribadat
kerana didunia kita beribadat
tetapi di akhirat hanya menunggu ganjaran dan balasan
tiadalah ibadat dilakukan apabila kembali pada Allah Yang Maha Memberi Rezeki
henti bernafas lalu tiada harapan untuk hidup
manalah ibadatmu di didunia
dan lidahmu yang menyebutNya..
tiada didengari oleh sesiapa pun apabila maut menghampirimu
hanya Allah yang mendengar bisikan manismu dan jeritan pahitmu
sesungguhnya akhlak yang mulia juga bekalan untuk Allah Yang Maha Lemah Lembut
cepatkanlah ibadat untuk akhirat
rajin mata memandang kalamNya
cintakan hati yang merinduiNya
menyukai mendengar kata kataNya melalui telinga
akal yang sering memikirkan kebijaksanaan ciptaan duniaNya
hidung tiada malu untuk menghidu delima makanan manisNya
mulut yang tiada henti hentinya memujiNya
dua tangan tidak penatnya mentadah tangan memohon kepadaNya
kaki kaki yang digunakan selalu untuk melangkah ke rumah indahNya untuk ibadat
anggota semua badan yang tiada seriknya dibasahi air wuduk yang suci seperti hati orang orang beriman
umat manusia bersedia menunggu seruan azanNya
untuk menyempurnakan
ibadat untuk akhirat.........

-uya(hamba Allah)

No comments: