Friday, April 18, 2008

perjalanan mencari ilmu

impikan perkara yang amat tinggi tetapi usaha ku entah kemana
jangan risau yang ku sayang
kerana aku terbelenggu di dunia yang penuh suka duka
pencarian ilmu untuk bekalan dunia dan akhirat
berdoaku hanya sebagai seorang muslim
dan kepada Allah lah kusebut sebagai tuhan hidup dan matiku
enggan ku ambil risiko untuk mendapat kekayaan didunia
tetapi berani ku menghadapi cabaran untuk kekayaan di akhirat
kucing putih comel lalu di depan jalanku
manisku bersenyum pada sang haiwan yang comel sungguh itu
entah tiadanya ku tahu adakah ia balas senyumku
hanyalah ku bersyukur pada Illahi kerana Dia membantu ku untuk Perjalanan Mencari Ilmu
mengingati kembali kucing kesayangan ku panggilannya belang -ilmu yang baik jalan untuk melangkah syurga Allah-
tiada lagi ayat takut di hatiku ini kerana sesungguhnya.
aku ada Allah sebagai penolong jalan lurus
mencari pendapat ilham untuk berjaya
ku duduk sebentar sambil memandang
keindahan alam dan tiada ragunya lagi Allah
Tuhanku yang menciptanya dengan sempurna
perjalananku masih lagi dipanjang jauh disudut mata
tetapi amatlah dekat disudut hati
ku teruskan perjalananku dan sesungguh tiadalah ku gentar
atas segala rintangan kerana Allah akan ada untuk menyelamatkanku
untuk terusku menyambung perjalanan mencari ilmu.

No comments: