Tuesday, August 2, 2011

Sijil Padang Masyhar ??

Kisah tentang Aiman dan Iman , dihari Keputusan SPM. :)

“Baiklah murid-murid yang saya sayangi , keputusan telah sampai. Kamu semua dah boleh mengambil keputusanmu sekarang.”

Semua para cikgu menuju kearah tapak perhimpunan sekolah,semua yang masih berada dikantin bergegas lari ke tapak perhimpunan sekolah. Dari pelajar kelas yang terawal hingga yang terakhir semua pun telah mendapatkan keputusan SPM mereka, ada yang meloncat gembira , ada yang menanggis sambil peluk ibu dan abahnya , ada yang bersalaman dengan para pendidik sekolah.Semuanya kelihatan gembira dan senang keputusan mereka masing-masing.

Tapi kita memang tak dapat elakkan diri daripada Fitrah Kehidupan iaitu disitu ada kejayaan , mesti disitu juga kegagalan.Seperti perasaan kita juga , kadang-kadang gembira dan kadang-kadang duka. Ini semua adalah tarbiah Allah atau didikan Allah untuk kita bertambah matang dan memahami erti hidup. Jika kita tidak diuji , kita ini Diumpamakan patung yang tidak bernyawa walaupun sebenarnya kita dibumi Tuhan.Betapa berharganya setiap Tarbiah Allah.

Aiman tidak kelihatan ditapak perhimpunan , semua ahli keluarganya sedang mencarinya terutama Mak Jah. Iman juga risau dan khuatir , lalu dicarinya sekitar sekolah..

Iman berpusing-pusing mencari Aiman , sehingga tersempak Aiman dibangku luar surau sekolah, menunduk sahaja kepalanya , wajahnya sayu..
“Astafirullah..”terucap dibibir Iman..sambungnya lagi.

“Aiman kemana tadi , semua orang risau tahu tak!” nada suara iman agak tegas tapi berhikmah.

Iman memicit bahu Aiman yang asyik menunduk sahaja kepalanya..Iman terlihat titisan air mata Aiman terjatuh dengan setitis demi setitis..
“Be strong Aiman, Ini bukan maksudnya Aiman gagal selama-lamanya.”Iman cuba menenangkan Aiman.

Aiman terus teresak-esak menangis sambil melihat keputusannya yang sangat mengecewakannya.
Aiman terus menanggis..dan menanggis..tak henti-henti..

“Aiman SPM ini boleh repeat , jangan bersedih ya. Aiman boleh terus mencuba dan berusaha.Insya’Allah, jika Aiman benar-benar sedar dan bersungguh-sungguh..Allah akan bantu.” Iman terus menasihatinya..

“Aiman , sedar tak SPM ini kita boleh ulang ambil semula tetapi ada satu peperiksaan ini yang kita tak boleh ambil dan ulang semula ujian itu , tahu apa?” Iman cuba meredakan keadaan dengan memberikan nasihat yang terisi pengajaran..
Aiman menggelengkan kepala..

Lalu Iman duduk disebelah Aiman dibangku surau dan terus memicit-micit bahu Aiman dan berkatanya lagi..
“Sijil Peperiksaan yang tidak boleh ulang balik itu ialah Sijil Padang Masyhar , disana nanti Allah dah tidak bagi kita peluang untuk kita kembali didunia untuk melakukan amal kebaikan malah disaat itu juga kita akan ditimbang samada ke Syurga atau Neraka. Tiada talian hayat dan tiada lagi bantuan dari keluarga kita juga , yang ada hanyalah amalan taqwa kita sebagai penebusnya. Adakah keputusan kita biru atau merah semuanya jadi penentu terakhir di Padang Masyhar kelak.Allah adalah hakim kita disana dan semua disana tidak akan selamat melainkan hanya dengan Naungan Allah, Tiada lagi peluang dan tiada lagi harapan untuk mengubahkan keadaan. Jadi bersyukurlah saudaraku Aiman kerana Allah telah buka hati Aiman untuk berubah menjadi insan yang baik dan berguna.”

Tangisan Aiman semakin kuat dan tangisannya semakin mengalir laju ,Dengan izin Allah , Aiman benar terasa atas setiap butir kata Iman , lalu Iman bersujud syukur kepada Allah..didalam hatinya ia munajat.

“Ya Allah,terima kasih atas cubitanMu ini..aku sedar ya Allah”
“Alhamdullilah..”Iman mengucap syukur..Dipagi itu menjadi baraqah walaupun keputusan SPM Aiman teruk , tapi dipagi itu juga Aiman mendapat Cahaya Hidayah yang paling disukai Allah iaitu Insaf dan Sedar.

Ini yang penting ,SPM boleh ulang beberapa kalipun tetapi Sijil Padang Masyhar wahai remaja yang dikasihi , harap maaf tiada disediakan lagi kerana selepas kita kembali kepada Allah , keputusan itulah yang terakhir , tidak berubah melainkan dengan izin Pengasih.

Disanalah kita akan melihat markah keputusan kita samada gagal atau pun lulus.Wahai remaja , sesungguhnya Allah itu Maha Adil,setiap perbuatan kita akan ditanya dan setiap nikmat akan dipersoalkan.
Marilah kita bersama-sama menyiram benih Iman dihati kita supaya kita lulus peperiksaan yang Allah berikan.

Ingat , TarbiahNya adalah tanda Cinta. :)

No comments: