Thursday, September 1, 2011

Syurga Hati.. =)

Kiriman Sayang dari ‘Syurga Hati’

-Jangan hanya terpesona dgn kata dan karya tapi biarlah dengan jiwa dan rasa-
Dihening pagi , Burung-Burung berkicao seakan-akan bernyanyi merdu disertai alunan tasbih. Alangkah ‘shy-shy’nya kita pada haiwan yang ingat Tuhan sentiasa , sedangkan kita belum tentu lagi selalu teringatkanNya.

Manakala Disaat bulan mengembang penuh dan diselimuti langit-langit yang menjadikan bintang-bintang umpama ‘pelita malam’ supaya insan-insan tidak merasa sunyinya waktu malam.

Tapi alangkah rapuhnya diari hidup kita , andai hati kita lebih gelap daripada ‘kegelapan’ malam. Asyik Ber’masam muka dari melangkah kearah jalan illahi. Hmm. Hari ini kita akan ‘menyentuh’ tentang ‘Syurga Hati’.. Terlebih dahulu , semoga kasih sayang Allah melimpah keatas semua wahai sahabat-sahabat para perindu Tuhan.

Saya suka sangat tengok ‘something’ yang comel-comel. terutama anak-anak kecil dan anak haiwan yang bermanja dengan si ibunya. Pernah tak tengok anak ‘penguin’? Ala-Ala kartun ‘pingu’.. Tahu tak? Masya’Allah.. cutenya, Tuhan saja yang tahu.

Comel betul cara ‘pingu’ itu berjalan. Hati senang sekali ! Begitu juga hati dalam poket dada kita. Ia hanya akan senang andai kita tahu ‘fitrah’ kesenangan hati. Apakah fitrahnya?
Fitrahnya adalah dengan memikat hati kita dengan melihat , menarik , dan m’lakukan kebaikan. Walaupun kadang-kadang keadaan tidak seperti yang kita inginkan.

Tapi , kita tetap redha dan merasa bahawa baja bagi suburnya keikhlasan adalah dgn menerima apa jua yang ada dan memberi apa yang ada.

“Menerima takdir Tuhan apa jua sekalipun , dan Memberi apa yang ada walaupun sekali..”

“See Perfect in unperfection…’

Cinta Tuhan itu penuh warna-warni keindahan , dan hanya orang yang ‘celik hati’ saja dapat menyaksikan. Ingatkah kita Firman Pencinta bahawa ‘Bukan mata yang Buta tapi yang Buta adalah Hati dalam Dada..’

Hati mudah tertawan dengan yang baik berbanding yang buruk. Dalam bahasa orang putih adalah ‘Heart Conciousness’ atau ‘Heart Management’..

Nabi s.a.w telah pun menyebut bahawa jika seketul daging yang bergelar hati ini baik.. Jadi ‘solehlah’ semua anggota kita. Nak buat ‘experiment’ tak? Cuba pilih satu masa yang senangkan anda.. sebaiknya disaat tiada yang melihatmu. Allah senang kata mesti ‘Line Clear’ !

Ketika itu , cuba duduk sebentar disatu ruang sudut. Ingat ! Jangan cakap sepatah pun. Diam saja..

Baik, selepas itu.. cuba berkata melalui hati, tapi bukan dari lidah.. tahukan?
Pada yang ada masalah ,Cuba sebut dalam hatimu 3 ayat ini..

“Allah.. Lihatlah aku..”beritahu masalahmu.. ulang terus menerus..

Pada yang merinduikan sesuatu untuk mengisi kekosongan poket jiwa.. , Cuba sebut dalam hatimu 3 ayat ini.
“Allah.. aku Sepi..”

Pada yang inginkan ampunanNya.., cuba sebut dalam hatimu 3 ayat ini.
“Allah.. Sayangi aku..” cuba ulang terus menerus..

Luahan Hati , bukan luahan Lidah. Ini Cuma ‘experiment’ tau , sekadar ingin merasai bahawa Tuhan itu dekat dan akrab dengan kita. Mudahan-mudahan dengan izinNya , kita bisa merasainya..

Ingat , detik waktu terus berlalu dengan cepat dan tangkas. Sentiasalah untuk mengukir ‘senyuman hati’ yakni menenangkan jiwa.

Kerana wajah yang bahagia hanya akan terpamer jika hati kita ‘tersenyum’ senang. Quran syifa bagi hati , dan ilmu adalah ‘hiburan’ bagi para pencinta illahi , malah ibadat adalah bak seperti ‘pesta’ untuknya. Tafakur terus , bukan melamun terus. Mukmin diam itu Fikir , Katanya pula itu Zikir.

Syurga itu sukar diraih, tetapi yang pasti mengejar Syurga adalah bersama dengan Maha Cinta. Jalan jangan dipaksa walaupun hatimu ‘menjerit’ merana sukarnya mujahadah diari hidup. Sujud Syukur sebagai penawar rindu pada Jannatul Firdausi..

Hati yang baik tidak akan sesekali mencari Nama , tetapi ia akan sentiasa berkali-kali mencari Mana tujuannya yang Sebenar. Denyutan Hati itu berbisik rindu pada yang setia pada pencipta Hati. Ayuh! Mari kita ‘renovate’ ubah suai rumah syurga dalam diri..
Yakni,

“Syurga Hati…” =)

No comments: