Saturday, August 27, 2011

Bungkuskan Hatimu..

Assalamualaikum,. Bismillahirrahmanirrohim,
Dan sesungguhnya segala kebaikan dan keindahan adalah milik Yang Memilki Kuasa. Kelemahan itu milik yang dicipta. Kita manusia hanya Cuma ‘menyewa’ atau meminjam nikmatNya yang tidak dapat terhitung. Bak sebuah pepatah mutiara yang cukup indah..
“If you had found the goodness in a bread , share it’s together even we are more than one..”
Jadikan setiap diari hidup kita ini adalah untuk di’manfaatkan , dan memberikan manfaat bagi yang disekellingi kita. Demi Bulan yang sentiasa ditemani bintang-bintang berkilau indah. Jika setiap dari ciptaanNya ada teman , tidak mungkinlah kita akan dibiarkan hidup berseorangan. Tapi yakinlah disisi Allah.. Semua nikmat ada,tiada satu nikmat yang lebih dasyhat dan seindah hadiah Allah. Tiada yang dapat mengatasiNya dan juga melintas lebih hebat dariNya. Dialah Allah.. Yang Hanya Dia layak Dibesarkan dan Dicintai. Sesungguhnya tidaklah Allah berikan kepada manusia melainkan yang terisi segala kebaikan diantaranya adalah dua perkara ini.
1. Yang Kita Perlu - For Our Need’s
2. Yang Baik untuk Kita -For Our Best

Jadi andai’kan kalao kita terasa sedih , sepi dan , hati sesak , malah susah ‘bangat’.. Kita rasa tersisih , tersisir , atau terusir sekalipun. Langsung tadahkan ‘hati’ kita penuh kerendahan. Tangan ditadah penuh pengharapan kepada Tuhan. Tundukkan muka , dan jadikanlah hatimu itu disaat itu terasa ‘malu’ sangat berdepan dengan Allah. Lalu ambil masa kamu perlahan-lahan..

Bungkuskan luahan hatimu , perasaanmu , ke’masalahanmu.. bungkus erat-erat dan ‘bagi’ hadiah hatimu itu kepada Allah. Bungkuskan hadiah doa munajat , luahan hati yang terbaik dan berharga untuk Allah ! Jangan lupa titipkan kad ‘ucapan hati’ disebalik hadiahmu kepada Allah.. yakni tulislah diruang hadiah hatimu itu.
“ Redhatubillahi ya Rabba’’ Aku redha Mu ya Allah sebagai Tuhanku..’’

Mudahan-mudahan Allah disaat itu ,atau disaat akan datang atau disaat yang hanya Dia lebih tahu bila masa yang paling baik untuk kamu. Akan menghadiahkan kembali ‘hadiah’ kamu, Memberikan hadiah yang paling bernilai selepas kesukaran mujahadah dicubit atau diujiNya.
Allah pun ‘titipkan’ atau meletakkan ‘kad hikmah ujianNya’ sekali dengan hadiahNya untukmu dengan tertulis..

“Radhiyallahu’an hum , warodu’an.. Zalika Liman hoshi ya Robba’”
“Allah ridha terhadap mereka dan merekapun ridha kepadaNya. Yang demikian itu adalah (balasan) bagi orang yang takut kepada Tuhannya.

Jangan bersedih hati. La Tahzan , kerana sesungguhnya fikir-fikir kembali adakah Tuhan ‘suka’ hambaNya sentiasa bersedih hati dan tersisih selalu? Tidak suka.. Tuhan itu sayang kepada insan yang sentiasa gembira dan disenangi orang lain dan tenang perwatakannya.

Diwaktu petang kita berbakti kepada yang dicipta , penuh kemesraan atau mudah kata ‘mesra alam’ pada semua. Senang dirapatkan dan mudah dibawa berbincang. Tidak mudah ‘emotional’. Insya’Allah.. Bila kita semakin dekat dan rapat malah akrab dengan yang menciptakan kita. Aura kebaikan yang memancar daripada hati kita akan terserlah ‘hebat’ dan ‘indah’. Orang lain akan mudah tertawan dan ‘terpikat’ dengan kita.

Mereka sendiri hairan kenapa rasa senang dengan kamu. Itu maksudnya bahawa hatimu itu sedang memperoleh iman yang mencintai Allah. Jagalah ia dengan sifat tawaduk dan qanaah. Kamu redha apa yang ada disisi Allah dan juga berpada-pada dengan apa yang ada disisi manusia. Sifat ini dicintai sesiapa yang mempunyai perasaan. Tidak membebankan dan menyusahkan orang. Itulah insan berjaya.

Disaat kamu terpinggir , Tuhan tidak pernah meminggir. Disaat kamu sepi , Tuhan sentiasa mengisi kesepianmu. Disaat kamu berlinangan air mata , disitu Tuhan melihatmu dengan segala RedhaNya. Disaat kamu merintih , Tuhan bersamumu ‘Memeluk’mu seolah-seolah itulah kenangan yang terindah.
Kenangan kita bersama Dunia tak semestinya indah ,

Hmm.. tapi yang indah itu adalah buktinya kehidupan. Obat hati ada lima perkaranya yakni akrab dengan Quran , Solat malam , ‘join’ geng orang soleh , sering berpuasa , dan zikir munajat berterusan. Insya’Allah.. Hati kita sesejuk angin dilautan. Tenang dan damai.. Impian segala Hati..

“Jangan sekadar cerita tentang Tuhan, tapi cintailah Tuhan..”


No comments: